KUALA LUMPUR, 8 JULAI Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang merangka satu modul khas bagi membendung penularan fahaman radikal dalam kalangan pekerja asing di negara ini.
KLANG, 27 JUN: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) sedia mempertimbang rayuan penyewa gerai dan kios yang mengemukakan alasan keperluan menggaji pekerja asing sebagai pembantu.
BUKIT MERTAJAM, 21 JUN: Polis menahan 46 lelaki warga asing susulan kekecohan di pekarangan sebuah hotel yang dijadikan penginapan pekerja di sini malam tadi.
SEREMBAN, 18 JUN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan mereman tiga pengarah dan dua pengurus syarikat bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu untuk mendapatkan permit pekerja asing di negeri itu.
BUKIT MERTAJAM, 10 MEI: Tiga pekerja warga asing melecur di beberapa bahagian badan dalam kebakaran gudang yang menyimpan cat serta pelarut di Jalan Permatang Tinggi, Simpang Ampat di sini hari ini.
OLEH CHUAH CHEE HWAI SHAH ALAM, 30 APRIL: Larangan mengambil pekerja asing di pasar dan gerai bawah seliaan Majlis Bandar Diraja Klang (MBDK) masih di peringkat percubaan. EXCO Kerajaan Tempatan Dato' Ng Suee Lim berkata dasar itu tidak terpakai kepada restoran dan premis makanan...
KLANG, 22 APRIL: Pemilik gerai makanan bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) akur dengan ketetapan larangan pengambilan pekerja asing sebagai pembantu berkuatkuasa 1 Jun ini.
JOHOR BAHRU, 26 FEB: Tiga pekerja asing ditemukan lemas selepas bot yang mereka naiki dipercayai hanyut dan terdampar di Pantai Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 3 FEB: Kerajaan bercadang melaksanakan kadar caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus kepada pekerja asing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR 26 JULAI: Seramai 25 pendatang tanpa izin ditahan dalam beberapa serbuan di 26 premis di sekitar Lembah Klang semalam kerana disyaki tidak mempunyai dokumen pengenalanan diri yang sah.
PUTRAJAYA, 26 FEB: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengambil tindakan tegas terhadap syarikat Pembinaan Ricoler Sdn Bhd kerana mengabaikan 93 pekerja asing warga Bangladesh yang dibawa masuk pada November 2023.
ALOR SETAR, 20 FEB: Seorang lelaki warga Myanmar yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ditahan bersama 32 warga negara itu di dua lokasi di Sungai Petani, semalam.
KUALA LUMPUR, 11 JAN: Kementerian Sumber Manusia (KSM) komited untuk menyegerakan penambahbaikan di dalam aspek pengurusan dan penyelarasan dasar membabitkan pekerja asing bagi memastikan ia lebih berkesan.
PUTRAJAYA, 25 NOV: Seramai 1,058 pekerja asing terabai berjaya mendapat penempatan pekerjaan dengan majikan baharu setakat 9 Nov lepas, demikian menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM).
KLANG, 5 SEPT: Kekurangan pekerja asing bagi tiga sektor melibatkan kedai gunting rambut, tekstil dan kedai emas dalam negara setakat ini tidak melebihi 30,000 orang.
BANGKOK, 16 JUN: Penafian hak pekerjaan dan perlindungan sosial kepada pekerja domestik migran menyumbang kepada penindasan dan buruh paksa di Thailand, Malaysia, dan Singapura, menurut laporan baru oleh Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO).
Oleh DIANA ABD WAHAB KLANG, 22 MEI: Kerajaan Negeri akan menggunakan bangunan terbengkalai dan terbiar khususnya di kawasan komersial sebagai kuarters penempatan sementara pekerja (TLQ) warga asing. EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han yakin inisiatif itu secara tidak langsung mampu menangani...
BATU GAJAH, 21 JAN: Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk memperluas kelulusan penggajian pekerja asing bagi sektor dan subsektor kritikal lain selepas tiga bulan pelaksanaan program Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.
PUTRAJAYA, 1 OKT: Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing sehingga 26 Sept lepas dan daripada jumlah itu sebanyak 436,613 kuota telah membuat bayaran levi.
KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Kemasukan pekerja Indonesia ke Malaysia telah bermula secara berperingkat selepas negara jiran itu memutuskan untuk menarik balik sekatan penghantaran pekerjanya ke negara ini, berkuat kuasa 1 Ogos lepas.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.